Blog Sis Zenko
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Harap yang sedang membaca ni dalam keadaan sihat sentiasa
Tahniah dan Terima kasih!
Yup betul tu, pertama sekali sis nak ucap tahniah dan terima kasih sebab sampai ke blog ni. Nah biskut 🍪 sebagai hadiah
Sis orang baru
Baru nak berjinak-jinak buat blog di blogger ni. Masih mencari tema apa yang sesuai atau yang nak digunakan untuk buat blog tapi buat masa sekarang mungkin sis akan berkongsi apa sahaja yang terlintas di pemikiran sis ni hehe
Ok meh sis cerita sikit tentang sis. Dah gelaran pun sis mestilah perempuan. Nama sebenar tanak citer nanti kawan kat sekolah tahu mula la macam-macam. Bakal menduduki PT3 pada tahun 2020. Kalau first time jumpa sis memang nampak sis ni pemalu, senyap tapi bila dah kenal betul-betul baru tahu perangai sis sebenar jenis tak boleh bawak bincang! Ok kenapa Sis Zenko? Entahla, mungkin rasa nama samaran tu memang sedap bagi sis.
Akhir kata, hopefully korang suka apa yang akan dipost
Semoga Allah permudahkan sis dan semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan